Saturday, October 8, 2016

Mendaki Bukit Gunung

Assalammualaikum .

Cik Fatin rasa terharu ada hobi baru mendaki Bukit Gunung.

First time naik Gunung Datok tahun 2009 ini masa study join escape anjuran KKDK ( UTHM ).
Perasaan naik bukit rasa sangat seronok and hilang tension .
Join aktiviti time belajar banyak manfaat dapat . Walaupun Cik Fatin tak cerdik dalam subject at least ada pengalaman lain masa study kat u ..

Second naik Bukit Larut Taiping ( 2011 ) ini naik masa Cik Fatin tengah praktikal ini naik dengan kawan - kawan . Rahimah , Syafiqah dan Linda . Lama tak bersenam , tiada preparation terus daki . Memang kaki kenjang sakit lutut rasa nak tercabut kaki . Memang seharian naik 9 pagi sampai puncak pukul 2 ptg turun sampai pukul 7 ptg rasanya. Esoknya tak pergi kerja ( praktikal ).
Paha kejang tak boleh jalan .


This year 2016 baru aktif balik mendaki – daki ini .

Kenapa Cik Fatin mendaki ??
  • sebab minat yang mendalam suka aktiviti outdoors .
  • Rasa seronok
  • dapat kawan baru
  • Pengalaman
  • Puas Sampai Puncak .
  • Single * tiada kekasih ajak dating , Kita pergi hiking bawa diri.
  • Senaman / badan sihat / otak cergas .
  • Menikmati Alam smula Jadi .


Di Malaysia ini , banyak gunung dan bukit yang cantik . Tak Salah kalau Cik Fatin cuba hobi mendaki dekat dengan alam semula jadi .Setakat ini Gunung Cik Fatin sudah naik.
    Pintu Wang Gunung Perlis ( 16 Julai 2016 ) .
    Ketinggian 499.1 M
Ini First time , Cik Fatin mula mendaki . Sebelum Cik Fatin mendaki , Cik Fatin ada buat research . Gunung ini terletak di sempadan Thailand dengan Malaysia . Yang ini Cik Fatin join group Perlis Cikgu Hairil Anuar . Ini trip open . Seramai 118 orang yang join . Trek ia sangat mencabar . Peak sangat cantik .
Bagi Cik Fatin mencabar , trek dia tanah lembut , batu bata .. banyak guna tali . Serius curam mencanak..
Cik Fatin dapat kawan baru Risyah .


    Cherok Tok Kun Bukit Mertajam
    Ketinggin 500 Meter dari paras laut.
    ( 28 August 2016 )
Cherok Tokun untuk hiking banyak trek . Yang Cik Fatin tahu ada dua trek . Trek jalan tar dan trek laluan sebelah Air Terjun . Puncak ada menara telekomunikasi .
Yang ini Cik Fatin pergi dengan Kak Zue dengan student dia USM . Kiranya kami 3 orang ..
Kami ikut laluan Trek jalan tar. Yang ini banyak berjalan sahaja. Ibarat kita santai sahaja mendaki .
Tapi ramai chinese datang hiking kat sini . Lagi2 yang suka berbasikal . Yang naik basikal mendaki tu tengok depa kayuh basikal , boleh pecah lemak dan berpeluh .Cherok Tok Kun Taman Hutan Lipur , banyak kemudahan disediakan .

    Gunung Pulai dan Baling Kedah
    Pulai -- > 616 m
    Baling --> 546 m
    ( 3 & 4 sept 2016 )
Gunung Pulai & Baling .
Trip ini , Cik Fatin join group HAVOC (Hiking AdVenture & Outdoors Community )

Hari pertama naik Pulai . Ikut jadual naik pukul 6 pagi atas sebab tertentu kami mula daki 8 pagi .
Naik dalam 3 – 4 jam . Tinggi 616 M tapi trek dia berbatu . Sampai atas dalam pukul 12 pm turun dalam pukul 1.30 pm sampai bawah dalam 4 ptg .

 
Hari Kedua . Naik Baling . Kami start naik pukul 4 pagi .. fisrt time naik waktu pagi .. Betul- betul bahaya . Sebab Cik Fatin tak bawa lampu . .Cantik pemandangan atas puncak . Tengok matahari terbit.
subhanallah alhamdulillah allahu akbar Cantik Sangat dapat lihat dengan mata sendiri.



    Gunung Suku Simpang Pulai Ipoh ( 17 sept 2016 ) .
    Ketinggian 1797 M
Gunung Suku ini, Cik Fatin pergi dengan geng anakperakhikers (APH) . Trip ini Cik Fatin ajak adik ikut sekali Abbas adik masa tu cuti sem . Boleh ajak sekali ada gak body guard teman ..
Tempat dia cantik macam ala-ala mossy Forest . . Hutan berlumut hijau . 

 
 Setakat ini  yang Cik Fatin pernah jejak dan naik next trip . nanti cik fatin post. hihi 

No comments:

Post a Comment