Saturday, July 30, 2022

Kegembiraan dan kesedihan ujian dari Allah

 Hidup di Dunia Hanya Sementara dan Akhirat Adalah Tempat Yang Kekal Abdi.

14 April 2018 - Alhamdulillah aku bergelar jadi isteri kepada Izzul Affan Bin Mohd Isa .

Kekasih yang sangat aku rindui . walaupun ia hanya sementara .

Semua Ini Hanya Pinjaman Allah SWT

31 Januari 2019 - Arwah suami yang aku kasihi telah pergi menghadap Ilahi .Kemalangan 

Semoga arwah suami mendapat ketenangan dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

21 September 2019 - Muhammad Fathi Izzan Bin Izzul Affan . penganti dan pengubat rindu .

Semoga aku tabah , membesar anak aku semoga anak aku jadi anak yang soleh.


Sunday, September 30, 2018

London Weight Management

London weight management.

Aku nk cerita pengalaman aku buat treatment untuk kuruskan badan . Yang ini free first trial . Yang berbayar Mahal oo Kos  .
Saya hanya mencuba aja .

Macam mana aku boleh dapat free first trial. Aku dapat msg .

Aku tekan link itu dan daftar.
Aku pilih la cawagan yang terdekat dengan aku .Aeon Mall Bukit Mertajam . Tarikh 30.9.2018(Ahad).

Tutt.tutt . Awal bulan Sept 2018 . dapat panggilan dari London Weight Management untuk pengesahan.

Aku Risau juga . Cakap percuma .nanti sudah buat treatment . Kena bayar .
Ada seorg Amoi namanya Weinie .
Dia send WhatsApp secara personal untuk yakin diriku.

Akhirnya .. Hari yang dah tiba .
30.8.2018(Ahad) 12.30 pm

Aku dah terpacak . 

Aku terus Cari Weinie dan daftar .
Kemudian aku dibawa ke consultation Room . Dia bagi buku dan tengok video . 
Lama juga aku tunggu 30 minit macam itu . kemudian datang Amoi A

Check berat and tinggi .
Dan jawap soalan dia tanya.

Lepas itu dia minta buka pakaiaan . Hanya tinggal yg dalam ja . Dia nk ambil gambar badan. 
Malu wey.. 

Lepas itu dia  explain la lemak2 kat badan Kita .pakej treatment yang sesuai utk kita sekali harga .semua RM1200

Lepas itu dia cakap nak murah.boleh jadi ahli seumur hidup kad tak ada expired banyak benefits .Mahal oo .jadi Ahli  RM800 .Sbb bulan ini mereka buat promosi dapat diskaun hanya RM600 jadi Ahli

Aku mula da cuak wey. Aku cakap la .aku dtg nk buat yang free tu ja . 
First trial .Amoi A itu pergi. 

Datang pula ,Amoi B .Bawa aku pergi kat loker. Simpan bag dan kasut.Tukar pakaian kena tanggalkan semua , dan diberikan towel dan panties disposable dan selipar.

Malu wey.. bogel aku wey. Nasib baik semua perempuan ..

Kemudian Amoi itu bawa aku  ke Treatment Room . Kat situ banyak bilik , setiap bilik lain2 treatment.

Treatment pertama . Suana 15 minit .
Part ini best bagi aku..basah satu badan berpeluh macam Mandi. Habis semua rongga2 kulit terbuka.

Treatment kedua.
Satu badan disapukan dengan garam+ levender dan dibalut dengan IntraRed Blanket. Baring disitu selama 30 minit .
Malu ohh Amoi C sapukan satu badan . lagi2 celah paha .Amoi C tanya geli ke? Bukannya geli.malu + segan .
Kat sini boleh la terlelap sekejap . Tapi panas ohh .macam kulit terbakor dalam steam . 

Dah selesai treatment ke Dua . Aku rehat 5 minit dan mandi .

Treatment ketiga.
Amoi C sapukan slim oil kat badan aku..lepas itu dia keluar .

Amoi lain datang Amoi D dia cakap dia consultant Aku lupa pulak nama dia .sbb hari ini ramai customer .Dia agak busy.

Lepas itu dia ambil gambar  untuk dibuat comparison nanti dan ambil ukurlilit semua bahagian lemak.

Malu oo..

Sambung. Treatment ke tiga . Aku dipasangkan dengan alat vibrator dan disapukan ampoule ditempat- tempat yang nak dikecilkan .Lengan,perut dan pinggul paha. Lepas siap pasang Amoi D on alat mesin itu bergegar terasa cuit2 tempat2 yang berlemak itu .
Selama 45 minit . Lepas itu aku terlelap. Aku terjaga mesin itu berbunyi  .ad set timer .

Amoi D ambil lagi gambar,ukurlilit lagi dan timbang berat.  Berat aku turun wey . dari 58.7kg  ke 57.3 kg .

Siap aku terus tukar pakaian .ingat nk cabut terus . Takut kena bayar .

Masa nak keluar. Mereka suruh tunggu di consultation room lain . Joanne namanya .dia bagitahu result .
Umur aku 26 tahun berat aku ideal cuma tak balancing.maksud dia ukurlilit lemak belah Kiri tak sama dengan kanan . 

Dia offer aku jadi ahli modeling .
Pakej lain sikit macam ahli biasa .
Dia explain benefits dia dan harga RM550 .

Aku pown cakap .aku tak nak . Aku cuma nak merasa ja yang trial free treatment London Weight ini .

Ini cara mereka buat marketing .

Sapa yang trial free .kena la gental jangan mudah terpedaya .

Bagi aku Mahal . 
Siapa yang mampu itu boleh la nak join. 

Nasihat aku .
*Nak kurus biar kita amal hidup sihat bersukan dan jaga makan .
* Jangan membazir.
*Lagi pown London weight 
  Aurat Kita tak terjaga . walaupun semua perempuan . Malu tetap malu+ segan.

Saturday, March 4, 2017

Second Hand – Kenderaan sendiri.

Hai .

Hari ini bincang topik second hand . Cerita ini berkaitan kisah Atin nak miliki kenderaan sendiri.

Semua orang mesti nak kenderaan sendiri tak kira basikal , motosikal atau kereta untuk pergi sesuatu destinasi atau pergi kerja. Ada transport sendiri lagi-lagi beli dengan usaha duit sendiri.

Ok , first kenderaan atin beli motosikal Second Hand – Kalau ikutkan cash RM3000 sahaja.
Tapi Atin mana ada RM 3000 nak bayar . Atin ambil bulanan bayar duit muka RM 1000.
RM1000 ini duit PTPTN . Atin beli masa Atin tengah praktikal . Nak pergi tempat pratikal/kerja mesti nak ada transport sediri sebab jauh. Terpaksa dan wajib ada . Atin beli motosikal second hand Yamaha EGO warna hitam bulanan RM154 x 18 bulan . Total RM 3772 bayar bulanan
cash RM 3000 – atin rugi RM 772 -

Atin bayar duit moto tiap bulan dari duit elaun praktikal . Nasib baik company atin praktikal ini bayar elaun RM 450 dari situ la atin dapat bayar duit moto bulanan dan duit belanja .

Tapi masalahnya yang atin nak cerita second hand ini barang tak berkualiti sangat . Macam- macam rosak . Atin pernah bawa moto tiba-tiba moto mati tengah jalan . Terpaksa tolak heret moto tu pergi kedai – bayangkan perasaan tolak moto , first malu orang tengok dah la atin ini perempuan malu memang malu . Lagi satu penat letih . Nasib baik la kedai moto tu tak jauh . Atin dah lupa rosak apa . Tak silap moto auto yang dekat tayar motor belakang tu rosak . Dia tak boleh pusing tersekat .
Kena tukar baru tak silap RM 200 lebih kuwt.

Masa atin praktikal atin pernah masuk lewat sebab moto punya pasal – itu rosak kali kedua .
Tapi tak ingat rosak apa. Tapi masih boleh gerak pergi kerja tapi masuk lewat . Masa balik tiba-tiba moto ok . Tak jadi pergi check and repair.

Atin praktikal hanya 6 bulan semester akhir . Alhamdulliah tempat atin praktikal ada dua orang technion IT berhenti . Rezeki atin continue kerja situ terus . Sebab atin belum gradute bacis salary atin RM 900 kelulusan SPM . Nak demand gaji memang tak dapat. Tapi rezeki jangan di tolak . At least dapat bayar bulanan duit moto . Atin fikir moto masa tu dapat la service maintenace tukar minyak hitam , tukar tayar baru , hidup road tax , renew lesen .



Alhamdulliah moto ego hitam atin dapat bayar habis tahun 2013 lepas raya dengan duit bonus .
Lega tau dah selesai hutang moto . Tapi moto dah habis bayar banyak pulak meragam macam- macam rosak . Ingatkan bayar habis . Boleh la kita enjoi tiada la bayar bulanan . Tapi duit keluar ikut lain .

Sabar je la . Yang paling kelakar moto rosak betul-betul depan kilang . Masa tu nak masuk kerja .
Nasib baik la moto ini mati depan kilang . Tapi bahaya tengah laluan jalan raya nasib baik laa masa tu tiada kenderaan lalu . Kalau tak tuannya sekali mati .sebab tempat itu selalu berlalu kemalangan .

Moto rosak kat kilang . Ayah akan call owner kedai Lai moto. Dia yang ambil moto roasak tu kat kilang angkut dengan lori .Sebab first moto rosak atin pergi repair kat kedai moto lain kena katok MAHAL oi.. Dengan owner kedai kita beli moto kat Lai ini boleh la coutim dapat murah .
Rosak dia . Atin lupa tukar minyak hitam . Minyak hitam gear box tak tukar , paham -paham la effect dia masuk wad la habis duit melayang . Itu la cuai sangat lupa nak service moto.

Lepas kes lupa tukar minyak hitam . Kita jaga sebaik-baiknya . Tiap bulan pergi service moto .Tapi jaga barang second hand ini tak tahan lama . Moto rosak lagi . Menangis tau rosak masa balik kerja . Call la ayah mai ambil kita . Moto Lai ambil naik lorry . Ini rosak roll dah haus tali dalam tu . Moto hidup tapi tak boleh jalan .Nak repair and tukar tu mahal nak dekat RM 300 tak silap .


Nak dikatakan moto rosak lagi . Masa tu nak balik kerja juga. Moto tak boleh hidup .Menangis lagi
Call ayah ambil kita kat tempat kerja , Moto tinggal kat guard . Motor Lai ambil angkut naik lorry .Kali ketiga moto Ego aku angkut naik lori.Rosak dia battery . Kena tukar battery . Satu -satu rosak .

Awal tahun 2014 – Azam baru nak beli moto baru . Tak tahan naik moto lama .selalu rosak . Dari aku bayar kerosakkan baik aku ambil moto baru . Aku trade in moto lama bayar duit muka .
Aku trade in moto tu dapat RM900 ja . Dari RM 3772 aku beli ansuran bulanan , jual balik RM900 , susut nilai moto aku tak bernilai , rugi aku . Aku ada juga cuba trade in moto aku ini kedai lain paling tinggi dapat RM1200 . Tapi aku malas nak fikir , aku beli and trade in kat kedai Moto Lai juga . Senang urusan geran Moto .

Akhirnya dapat juga moto baru Yamaha Egos warna merah , RM900 hasil duit trade in moto lama . Bulanan RM190 x 24 bulan Total RM5460 . Kalau cash RM4500 kuwt .Tapi Alhamdulliah moto tiada masalah sampai sekarang .Cuma kena jaga minyak hitam gear box, tayar and service sahaja .
19 Julai 2016 hutang moto aku selesai . Selesai satu hutang .







Sunday, February 19, 2017

Meroyan Emosi bagi sifat Perempuan .



Baru – Baru ini ada viral seorang ibu tikam anaknya baru lahir .
Aku paham perasan perempuan baru lepas bersalin dan berpatang seorang – seorang jaga anak tanpa suami dan keluarga di sisi.

Walaupun aku belum melalui dan belum berkahwin . Aku faham perasaan wanita .
Penting bagi orang islam kita sentiasa istighfar dan berzikir ingat Allah sekiranya kita kecewa.

Aku baca artikel megenai Ibu tikam anaknya yang baru lahir tu . Tergamak .Tapi kita manusia memang akan hilang akal apabila emosi yang kawal kita .

Sebab aku ini wanita . Aku pernah melalui perasaan kecewa meroyan obses . Sedih dan aku bersyukur aku boleh move on .

Perasan kecewa .Kecewa putus cinta lain . Kecewa keputusan result exam tak bagus lain .Walaupun gagal exam kita tak rasa kecewa putus cinta manusia .
Tapi aku nak luahkan apa yang aku lalui perasaan kecewa bercinta dengan manusia tapi tiada jodoh ke alam berkahwinan .

Aku tak salahkan siapa- siapa atau ex boyfriend or kekasih lama . Sebab tiada jodoh .

Mula2 sedih memang menyedihkan aku ambil masa setahun juga nak move on .
Sebab masa sekolah atau study aku tak pernah bercinta . Lepas praktikal dan ada kerja .Aku mula fikir alam perkahwinan .

Kami cinta jarak jauh . Dan pernah jumpa parents . Ada plan nak kahwin . Tapi bukan jodoh . Dia kahwin dengan orang lain . Sedih memang sedih . Sebab aku terlampau fokus sayang kat dia .. Aku jadi gila . Mula -mula tak boleh terima hakikat aku tak dapat jadi isteri dia . Kenapa dia buat macam ini .kenapa dia kahwin dengan orang lain kenapa dia tak kahwin dengan aku ..

Masa aku lalui perasan kecewa layan emosi . Macam – macam emosi ganggu -
Kadang- kadang aku cakap sorang-sorang – ada bisikan Aku ini tak layak hidup dalam dunia .
Ada niat nak bunuh diri . Aku nak mati . Aku nak mati tak nak hidup . Sampai ada perasaan macam tu . Terlampau sayang sangat kat dia . Tapi alhmadulliah aku berfikir waras . Esoknya aku jumpa doktor kouseling .

Sifat perempuan ini emosi yang kena jaga .Emosi perempuan sangat halus .Perempuan ini nak belai kasih sayang dari pasangan dia membesar anak bersama .Aku ini perempuan aku pown nak belai kasih sayang dari pasangan aku suatu hari nanti .

Itu la kadang – kadang orang cakap perempuan suka emo . Suka menangis ,ketawa felling alone . Itu la lumrah perempuan kena kuat dan pandai kawal emosi sendiri .

Perempuan ini luar nampak kuat . Tapi hati seoarang perempuan sangat halus

Berkaitan viral seorang ibu tikam anaknya baru lahir dikecam . Aku faham perasan meroyan lagi – lagi dia seorang ibu ada sifat kasih sayang .cuma perasaan dia tidak dapat dikawal .

Saturday, October 8, 2016

Mendaki Bukit Gunung

Assalammualaikum .

Cik Fatin rasa terharu ada hobi baru mendaki Bukit Gunung.

First time naik Gunung Datok tahun 2009 ini masa study join escape anjuran KKDK ( UTHM ).
Perasaan naik bukit rasa sangat seronok and hilang tension .
Join aktiviti time belajar banyak manfaat dapat . Walaupun Cik Fatin tak cerdik dalam subject at least ada pengalaman lain masa study kat u ..

Second naik Bukit Larut Taiping ( 2011 ) ini naik masa Cik Fatin tengah praktikal ini naik dengan kawan - kawan . Rahimah , Syafiqah dan Linda . Lama tak bersenam , tiada preparation terus daki . Memang kaki kenjang sakit lutut rasa nak tercabut kaki . Memang seharian naik 9 pagi sampai puncak pukul 2 ptg turun sampai pukul 7 ptg rasanya. Esoknya tak pergi kerja ( praktikal ).
Paha kejang tak boleh jalan .


This year 2016 baru aktif balik mendaki – daki ini .

Kenapa Cik Fatin mendaki ??
  • sebab minat yang mendalam suka aktiviti outdoors .
  • Rasa seronok
  • dapat kawan baru
  • Pengalaman
  • Puas Sampai Puncak .
  • Single * tiada kekasih ajak dating , Kita pergi hiking bawa diri.
  • Senaman / badan sihat / otak cergas .
  • Menikmati Alam smula Jadi .


Di Malaysia ini , banyak gunung dan bukit yang cantik . Tak Salah kalau Cik Fatin cuba hobi mendaki dekat dengan alam semula jadi .Setakat ini Gunung Cik Fatin sudah naik.
    Pintu Wang Gunung Perlis ( 16 Julai 2016 ) .
    Ketinggian 499.1 M
Ini First time , Cik Fatin mula mendaki . Sebelum Cik Fatin mendaki , Cik Fatin ada buat research . Gunung ini terletak di sempadan Thailand dengan Malaysia . Yang ini Cik Fatin join group Perlis Cikgu Hairil Anuar . Ini trip open . Seramai 118 orang yang join . Trek ia sangat mencabar . Peak sangat cantik .
Bagi Cik Fatin mencabar , trek dia tanah lembut , batu bata .. banyak guna tali . Serius curam mencanak..
Cik Fatin dapat kawan baru Risyah .


    Cherok Tok Kun Bukit Mertajam
    Ketinggin 500 Meter dari paras laut.
    ( 28 August 2016 )
Cherok Tokun untuk hiking banyak trek . Yang Cik Fatin tahu ada dua trek . Trek jalan tar dan trek laluan sebelah Air Terjun . Puncak ada menara telekomunikasi .
Yang ini Cik Fatin pergi dengan Kak Zue dengan student dia USM . Kiranya kami 3 orang ..
Kami ikut laluan Trek jalan tar. Yang ini banyak berjalan sahaja. Ibarat kita santai sahaja mendaki .
Tapi ramai chinese datang hiking kat sini . Lagi2 yang suka berbasikal . Yang naik basikal mendaki tu tengok depa kayuh basikal , boleh pecah lemak dan berpeluh .Cherok Tok Kun Taman Hutan Lipur , banyak kemudahan disediakan .

    Gunung Pulai dan Baling Kedah
    Pulai -- > 616 m
    Baling --> 546 m
    ( 3 & 4 sept 2016 )
Gunung Pulai & Baling .
Trip ini , Cik Fatin join group HAVOC (Hiking AdVenture & Outdoors Community )

Hari pertama naik Pulai . Ikut jadual naik pukul 6 pagi atas sebab tertentu kami mula daki 8 pagi .
Naik dalam 3 – 4 jam . Tinggi 616 M tapi trek dia berbatu . Sampai atas dalam pukul 12 pm turun dalam pukul 1.30 pm sampai bawah dalam 4 ptg .

 
Hari Kedua . Naik Baling . Kami start naik pukul 4 pagi .. fisrt time naik waktu pagi .. Betul- betul bahaya . Sebab Cik Fatin tak bawa lampu . .Cantik pemandangan atas puncak . Tengok matahari terbit.
subhanallah alhamdulillah allahu akbar Cantik Sangat dapat lihat dengan mata sendiri.



    Gunung Suku Simpang Pulai Ipoh ( 17 sept 2016 ) .
    Ketinggian 1797 M
Gunung Suku ini, Cik Fatin pergi dengan geng anakperakhikers (APH) . Trip ini Cik Fatin ajak adik ikut sekali Abbas adik masa tu cuti sem . Boleh ajak sekali ada gak body guard teman ..
Tempat dia cantik macam ala-ala mossy Forest . . Hutan berlumut hijau . 

 
 Setakat ini  yang Cik Fatin pernah jejak dan naik next trip . nanti cik fatin post. hihi 

Sunday, September 18, 2016

Kembali menulis dairi Cik Muda

Asalammualaikum .

Hai blogers , Cik Muda Sulung Fatin .

Lama senyap menyepi . Sekarang Aku masih Cik . Sebab belum kahwin. Muda rasanya masih muda baru 24 tahun. Sulung sebab aku adalah kakak dalam keluarga pada adik adik aku . Fatin is my name.

Now , banyak story aku nak lepaskan kat sini.

Pertama saya nak share my carier .
  • Sekarang aku sudah bekerja di kilang NTPM . Kilang NTPM kenal dengan produk tisu ( premier). Tapi orang akan fikir kerja kilang hanya operator.. Aku sudah tiga tahun kerja di NTPM . Alhamduliah , walaupun gaji sikit tapi kita kena bersyukur rezeki Allah yang bagi berkat kerja yang halal.
  • Kerja aku di bahagian MIS. Position aku IT support . *Aku set my mind kerja kerja . Time kerja kerja .*Now not time to working * So xnk fikir pasai kerja.
  • Kerja Sambilan ( Busines )
    Sekarang ramai wanita buat dua kerja .* Kenapa aku cakap wanita . Sebab aku wanita.
    Ok kenapa aku buat banyak kerja atau cari duit lebih atau mengisi masa terluang .

Kenapa ? Kenapa?

The story , Aku tinggal dengan family . Aku orang kampung . Rumah Aku depan ada sawah padi tali air .Duduk di kampung suasana rasa tenang dan aman.Kawan kawan kampung ramai berhijrah duduk di bandar . Sebab kerja . Depa kerja jauh duduk sewa di bandar . Sebab aku kerja normal office hour , duduk dengan family banyak masa terluang. Sebelum aku berjinak-jinak nak buat kerja part time atau buat sesuatu yang faedah . Aku hanya kerja seorang perempuan biasa pergi kerja balik kerja duduk rumah bercuti berehat di rumah . Pergi kerja balik kerja.Time cuti rehat di rumah. Macam itu kehidupan.aku betul – betul rasa bosan ulang perkara yang sama . Time cuti nak dating tiada boy friend or kekasih hati. Keluar berjalan dengan kawan . Kawan sibuk hal masing- masing.
Kadang – kadang keluar dengan keluarga. Kiranya aku banyak habis masa dengan keluarga di rumah. Pada satu tahap , aku terfkir sampai bila aku nak repeat life aku macam ini , aku rasa macam tiada kerjaya dalam hidup maksud aku kosong . So aku cuba nak buat sesuatu untuk diri sendiri.

Aku nak buat apa ?? Busines?? Pernah dengar Elken tak ??

Sebab Elken . Aku berubah 10% hidup aku .
Cerita begini . Aku sebenarnya tidak tahu pasai Elken . Ada kawan aku ini ,tiba- tiba wechat aku . Namanya A Dia ada tanya nak buat kerja part time . Aku cakap nak . Dia minta aku jumpa sepupu dia di stokis Elken Parit Buntar . Dia nak explain dia jauh.So Aku jumpa sepupu dia B Elken ini ada produk dia sendiri – Siapa tahu kisah Elken ini * aku tak nak cerita sangat.

Masa itu aku bodoh bodoh join la Elken, Dengar la mereka cerita kehidupan nak berubah nak cari duit lebih .sebab taraf hidup semakin meningkat. Nak mula kena ada modal kena beli package . Mak kau package punya mahal . 3k kat atas jadi ahli RM 78.00 rasanya . So aku jadi ahli dulu melayang juga duit RM 78.00 itu . Jadi ahli tak beli package .tiadanya nak kaya. Aku fikir juga nak beli product Elken 3k berbaloi tak untuk diri sendiri . Sudah beli package kita kena cari orang join macam kita jadi ahli beli package. Baru dapat income . Ini more kepada MLM . Elken ini kena rajin peramah mersa senang nak dapat downline . Tapi ramai orang berjaya dengan Elken. Tapi aku tak suka konsep dia . Kena cari orang . Tapi aku tak buat . Macam itu la kisah dia . Pengalaman aku dapat. No action no result . Kerjaya sebagai Elken tidak berjaya macam upline yang sudah berjaya.

Jadi dropship ( Jual Baju T-shirt Muslimah )

Alhamdulliah , sekarang masih aktif jadi dropship. Walaupun untung tak banyak . At least aku ada pengalaman jual baju kat kawan-kawan di kilang NTPM.

Macam mana aku boleh jadi dropship baju ini .
Al kisah kait dari Elken juga . Aku dah jadi ahli kena la cari kawan join sekali . Tapi 100% sudah tahu pasai Elken . Ramai kawan bagi feedback negative ada kawan sudah join Elken. Susah juga aku nak tarik minat pada Elken ini . Ok pasai dropship ini . Kawan aku C yang cadangkan Mula- mulanya aku nak ajak dia join Elken . Tapi dia tolak sebab produk mahal susah lagi pon orang sudah tahu. Dia ada kawan kerja dia di USM , Kak yana nak cari orang untuk dropship baju. Allamdulliah Kak Yana , orangnya baik sangat peramah senang nak berurusan dengan dia .







Pelamin Mini Bajet.

Ahhh .. Pelamin aku try juga . Ini aku buat dengan kak Fadilah satu office bahagian lain .Setakat ini baru 2 customer kami dapat pasang . Pelamin Mini bajet masih dalam proses busines ini agak slow .
Mula – mula just hanya cakap cakap . Nak buat busnises tapi tak tahu nak buat apa busnesis apa . Masa tu aku dengan Kak Fadhilah tengah borak borak . Boring fikir nak buat sesuatu project . Muncul la idea nak buat niaga secara perkhidmatan Pelamin Mini Bajet .

Pelamin Mini Bajet ini aku fokus pada kawan – kawan nak tunang , nikah dan kahwin untuk.
Harga RM 250 ke atas .

Untuk Next Year Feb 2017 – Kawan aku Pikah nak kahwin . Pelamin dia booking kat aku . Sebab majlis perkahwinan . Aku kena buat lagi cantik . Kena letak bunga -bunga yang banyak . Sekarang tengah fikir macam – macam idea aku nak buat . Tapi aku buat sekadar bajet yang dapat . Prob untuk pelamin kami masih kurang .
Aku akan buat yang simple tapi nampak cantik . * Go Atin .


Rasanya sampai di sini aku catat untuk pengenalan aku nak aktif balik my blog Cik Muda Sulung Fatin . Nanti Aku akan coretkan kisah aku . Pengalaman aku .

Sekian Cik Fatin.



Monday, October 27, 2014

Gigi BongsuKu Tumbuh

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Hai Kwn2 suka search Blog untuk santapan membaca .

Sungguh sunyi Blog Cik Muda Story .. Krik..Krik..Krik..

Hari ini mood aku suam2 kuku ..macam mana tu ... sebab sakit gigi .. nak tumbuh gigi bongsu ..

Search cik Google Gigi bongsu adalah gigi geraham besar kekal ketiga (terakhir) yang akan tumbuh di bahagian kiri dan kanan rahang paling belakang sekali.
Biasanya, setiap orang ada 4 gigi bongsu; dua di atas dan dua di bawah. Secara umumnya, gigi kekal akan mula tumbuh seawal umur 6 tahun manakala gigi bongsu pula selalunya mula tumbuh pada usia 18 tahun atau lebih.

Nak tahu lagi detail >>> Klik disini

Nasib baik aku tak sakit sangat . mungkin langkah awal gigi aku nak cukil keluar . Kata org tumbuh gigi bongsu sakit sampai demam , tak boleh cakap .tak boleh makan ..cuma aku rasa sengal kat gusi sampai ke otak .  effect kat otak boleh hilang focus dengan kerja aku hari ini ..

Tengok laa sekarang sepatutnya aku kena buat kerja ..tapi menyaip kat sini.

Disebabkan gigi sakit ..mood kerja aku hilang ..Senior aku call minta support server ..tiba2 server problem .power trip berlaku ..hari ini senior aku cuti .. Masa tgh support in call .. apa dia cakap aku tak fokus dlm masa yg sama byk in call dari user .call ..Atin system ada masalah ka??setiap department call tanya .. macam Receptionist .. ye server ada masalah sudah okey .. saya call balik ..itu la jwpan aku .

sebab mood xda ..kerja melayang entah ke mana ..sampai senior and manager marah ..nasib badan

Cuma .. Hari ini aku terasa apa yang mr.A. berkata .. ayat2 dia leparkan memang kita terasa .. org kata mr.A kdg2 dia okey ..kdg2 dia garang . Bagi aku org suka marah biasa la ..marah sebab masalah kerja..
Maybe time aku call dia ..mood dia tak okey kuwt..Aku call sebab manager aku suruh call ..pasai kerja ..

Apa yang cakap ,masih legar2 di otak aku .. Aku ini bekerja bawahan juga .. kita ikut jaa arahan diberi .. biasa laa kena maki  hamun mesti kena ..

Tak paa laa cik Muda sabar .. kata2 yg kesat itu aku jadi pedoman utk semangat  aku.. 


'' Orang - Orang gagal bukan karena mereka bodoh ,namun mereka tidak punya cukup semangat ,,,