Sunday, February 19, 2017

Meroyan Emosi bagi sifat Perempuan .



Baru – Baru ini ada viral seorang ibu tikam anaknya baru lahir .
Aku paham perasan perempuan baru lepas bersalin dan berpatang seorang – seorang jaga anak tanpa suami dan keluarga di sisi.

Walaupun aku belum melalui dan belum berkahwin . Aku faham perasaan wanita .
Penting bagi orang islam kita sentiasa istighfar dan berzikir ingat Allah sekiranya kita kecewa.

Aku baca artikel megenai Ibu tikam anaknya yang baru lahir tu . Tergamak .Tapi kita manusia memang akan hilang akal apabila emosi yang kawal kita .

Sebab aku ini wanita . Aku pernah melalui perasaan kecewa meroyan obses . Sedih dan aku bersyukur aku boleh move on .

Perasan kecewa .Kecewa putus cinta lain . Kecewa keputusan result exam tak bagus lain .Walaupun gagal exam kita tak rasa kecewa putus cinta manusia .
Tapi aku nak luahkan apa yang aku lalui perasaan kecewa bercinta dengan manusia tapi tiada jodoh ke alam berkahwinan .

Aku tak salahkan siapa- siapa atau ex boyfriend or kekasih lama . Sebab tiada jodoh .

Mula2 sedih memang menyedihkan aku ambil masa setahun juga nak move on .
Sebab masa sekolah atau study aku tak pernah bercinta . Lepas praktikal dan ada kerja .Aku mula fikir alam perkahwinan .

Kami cinta jarak jauh . Dan pernah jumpa parents . Ada plan nak kahwin . Tapi bukan jodoh . Dia kahwin dengan orang lain . Sedih memang sedih . Sebab aku terlampau fokus sayang kat dia .. Aku jadi gila . Mula -mula tak boleh terima hakikat aku tak dapat jadi isteri dia . Kenapa dia buat macam ini .kenapa dia kahwin dengan orang lain kenapa dia tak kahwin dengan aku ..

Masa aku lalui perasan kecewa layan emosi . Macam – macam emosi ganggu -
Kadang- kadang aku cakap sorang-sorang – ada bisikan Aku ini tak layak hidup dalam dunia .
Ada niat nak bunuh diri . Aku nak mati . Aku nak mati tak nak hidup . Sampai ada perasaan macam tu . Terlampau sayang sangat kat dia . Tapi alhmadulliah aku berfikir waras . Esoknya aku jumpa doktor kouseling .

Sifat perempuan ini emosi yang kena jaga .Emosi perempuan sangat halus .Perempuan ini nak belai kasih sayang dari pasangan dia membesar anak bersama .Aku ini perempuan aku pown nak belai kasih sayang dari pasangan aku suatu hari nanti .

Itu la kadang – kadang orang cakap perempuan suka emo . Suka menangis ,ketawa felling alone . Itu la lumrah perempuan kena kuat dan pandai kawal emosi sendiri .

Perempuan ini luar nampak kuat . Tapi hati seoarang perempuan sangat halus

Berkaitan viral seorang ibu tikam anaknya baru lahir dikecam . Aku faham perasan meroyan lagi – lagi dia seorang ibu ada sifat kasih sayang .cuma perasaan dia tidak dapat dikawal .