Saturday, March 4, 2017

Second Hand – Kenderaan sendiri.

Hai .

Hari ini bincang topik second hand . Cerita ini berkaitan kisah Atin nak miliki kenderaan sendiri.

Semua orang mesti nak kenderaan sendiri tak kira basikal , motosikal atau kereta untuk pergi sesuatu destinasi atau pergi kerja. Ada transport sendiri lagi-lagi beli dengan usaha duit sendiri.

Ok , first kenderaan atin beli motosikal Second Hand – Kalau ikutkan cash RM3000 sahaja.
Tapi Atin mana ada RM 3000 nak bayar . Atin ambil bulanan bayar duit muka RM 1000.
RM1000 ini duit PTPTN . Atin beli masa Atin tengah praktikal . Nak pergi tempat pratikal/kerja mesti nak ada transport sediri sebab jauh. Terpaksa dan wajib ada . Atin beli motosikal second hand Yamaha EGO warna hitam bulanan RM154 x 18 bulan . Total RM 3772 bayar bulanan
cash RM 3000 – atin rugi RM 772 -

Atin bayar duit moto tiap bulan dari duit elaun praktikal . Nasib baik company atin praktikal ini bayar elaun RM 450 dari situ la atin dapat bayar duit moto bulanan dan duit belanja .

Tapi masalahnya yang atin nak cerita second hand ini barang tak berkualiti sangat . Macam- macam rosak . Atin pernah bawa moto tiba-tiba moto mati tengah jalan . Terpaksa tolak heret moto tu pergi kedai – bayangkan perasaan tolak moto , first malu orang tengok dah la atin ini perempuan malu memang malu . Lagi satu penat letih . Nasib baik la kedai moto tu tak jauh . Atin dah lupa rosak apa . Tak silap moto auto yang dekat tayar motor belakang tu rosak . Dia tak boleh pusing tersekat .
Kena tukar baru tak silap RM 200 lebih kuwt.

Masa atin praktikal atin pernah masuk lewat sebab moto punya pasal – itu rosak kali kedua .
Tapi tak ingat rosak apa. Tapi masih boleh gerak pergi kerja tapi masuk lewat . Masa balik tiba-tiba moto ok . Tak jadi pergi check and repair.

Atin praktikal hanya 6 bulan semester akhir . Alhamdulliah tempat atin praktikal ada dua orang technion IT berhenti . Rezeki atin continue kerja situ terus . Sebab atin belum gradute bacis salary atin RM 900 kelulusan SPM . Nak demand gaji memang tak dapat. Tapi rezeki jangan di tolak . At least dapat bayar bulanan duit moto . Atin fikir moto masa tu dapat la service maintenace tukar minyak hitam , tukar tayar baru , hidup road tax , renew lesen .



Alhamdulliah moto ego hitam atin dapat bayar habis tahun 2013 lepas raya dengan duit bonus .
Lega tau dah selesai hutang moto . Tapi moto dah habis bayar banyak pulak meragam macam- macam rosak . Ingatkan bayar habis . Boleh la kita enjoi tiada la bayar bulanan . Tapi duit keluar ikut lain .

Sabar je la . Yang paling kelakar moto rosak betul-betul depan kilang . Masa tu nak masuk kerja .
Nasib baik la moto ini mati depan kilang . Tapi bahaya tengah laluan jalan raya nasib baik laa masa tu tiada kenderaan lalu . Kalau tak tuannya sekali mati .sebab tempat itu selalu berlalu kemalangan .

Moto rosak kat kilang . Ayah akan call owner kedai Lai moto. Dia yang ambil moto roasak tu kat kilang angkut dengan lori .Sebab first moto rosak atin pergi repair kat kedai moto lain kena katok MAHAL oi.. Dengan owner kedai kita beli moto kat Lai ini boleh la coutim dapat murah .
Rosak dia . Atin lupa tukar minyak hitam . Minyak hitam gear box tak tukar , paham -paham la effect dia masuk wad la habis duit melayang . Itu la cuai sangat lupa nak service moto.

Lepas kes lupa tukar minyak hitam . Kita jaga sebaik-baiknya . Tiap bulan pergi service moto .Tapi jaga barang second hand ini tak tahan lama . Moto rosak lagi . Menangis tau rosak masa balik kerja . Call la ayah mai ambil kita . Moto Lai ambil naik lorry . Ini rosak roll dah haus tali dalam tu . Moto hidup tapi tak boleh jalan .Nak repair and tukar tu mahal nak dekat RM 300 tak silap .


Nak dikatakan moto rosak lagi . Masa tu nak balik kerja juga. Moto tak boleh hidup .Menangis lagi
Call ayah ambil kita kat tempat kerja , Moto tinggal kat guard . Motor Lai ambil angkut naik lorry .Kali ketiga moto Ego aku angkut naik lori.Rosak dia battery . Kena tukar battery . Satu -satu rosak .

Awal tahun 2014 – Azam baru nak beli moto baru . Tak tahan naik moto lama .selalu rosak . Dari aku bayar kerosakkan baik aku ambil moto baru . Aku trade in moto lama bayar duit muka .
Aku trade in moto tu dapat RM900 ja . Dari RM 3772 aku beli ansuran bulanan , jual balik RM900 , susut nilai moto aku tak bernilai , rugi aku . Aku ada juga cuba trade in moto aku ini kedai lain paling tinggi dapat RM1200 . Tapi aku malas nak fikir , aku beli and trade in kat kedai Moto Lai juga . Senang urusan geran Moto .

Akhirnya dapat juga moto baru Yamaha Egos warna merah , RM900 hasil duit trade in moto lama . Bulanan RM190 x 24 bulan Total RM5460 . Kalau cash RM4500 kuwt .Tapi Alhamdulliah moto tiada masalah sampai sekarang .Cuma kena jaga minyak hitam gear box, tayar and service sahaja .
19 Julai 2016 hutang moto aku selesai . Selesai satu hutang .







Sunday, February 19, 2017

Meroyan Emosi bagi sifat Perempuan .



Baru – Baru ini ada viral seorang ibu tikam anaknya baru lahir .
Aku paham perasan perempuan baru lepas bersalin dan berpatang seorang – seorang jaga anak tanpa suami dan keluarga di sisi.

Walaupun aku belum melalui dan belum berkahwin . Aku faham perasaan wanita .
Penting bagi orang islam kita sentiasa istighfar dan berzikir ingat Allah sekiranya kita kecewa.

Aku baca artikel megenai Ibu tikam anaknya yang baru lahir tu . Tergamak .Tapi kita manusia memang akan hilang akal apabila emosi yang kawal kita .

Sebab aku ini wanita . Aku pernah melalui perasaan kecewa meroyan obses . Sedih dan aku bersyukur aku boleh move on .

Perasan kecewa .Kecewa putus cinta lain . Kecewa keputusan result exam tak bagus lain .Walaupun gagal exam kita tak rasa kecewa putus cinta manusia .
Tapi aku nak luahkan apa yang aku lalui perasaan kecewa bercinta dengan manusia tapi tiada jodoh ke alam berkahwinan .

Aku tak salahkan siapa- siapa atau ex boyfriend or kekasih lama . Sebab tiada jodoh .

Mula2 sedih memang menyedihkan aku ambil masa setahun juga nak move on .
Sebab masa sekolah atau study aku tak pernah bercinta . Lepas praktikal dan ada kerja .Aku mula fikir alam perkahwinan .

Kami cinta jarak jauh . Dan pernah jumpa parents . Ada plan nak kahwin . Tapi bukan jodoh . Dia kahwin dengan orang lain . Sedih memang sedih . Sebab aku terlampau fokus sayang kat dia .. Aku jadi gila . Mula -mula tak boleh terima hakikat aku tak dapat jadi isteri dia . Kenapa dia buat macam ini .kenapa dia kahwin dengan orang lain kenapa dia tak kahwin dengan aku ..

Masa aku lalui perasan kecewa layan emosi . Macam – macam emosi ganggu -
Kadang- kadang aku cakap sorang-sorang – ada bisikan Aku ini tak layak hidup dalam dunia .
Ada niat nak bunuh diri . Aku nak mati . Aku nak mati tak nak hidup . Sampai ada perasaan macam tu . Terlampau sayang sangat kat dia . Tapi alhmadulliah aku berfikir waras . Esoknya aku jumpa doktor kouseling .

Sifat perempuan ini emosi yang kena jaga .Emosi perempuan sangat halus .Perempuan ini nak belai kasih sayang dari pasangan dia membesar anak bersama .Aku ini perempuan aku pown nak belai kasih sayang dari pasangan aku suatu hari nanti .

Itu la kadang – kadang orang cakap perempuan suka emo . Suka menangis ,ketawa felling alone . Itu la lumrah perempuan kena kuat dan pandai kawal emosi sendiri .

Perempuan ini luar nampak kuat . Tapi hati seoarang perempuan sangat halus

Berkaitan viral seorang ibu tikam anaknya baru lahir dikecam . Aku faham perasan meroyan lagi – lagi dia seorang ibu ada sifat kasih sayang .cuma perasaan dia tidak dapat dikawal .